PERTOLONGAN CEMAS DALAM MAKMAL SAINS Peti pertolongan cemas Peti pertolongan cemas yang lengkap hendaklah disediakan SEKARANG juga tiap-tiap makmal dan bilik persediaan. Saiz peti pertolongan cemas mesti sesuai untuk mememuatkan semua kelengkapan yang disenaraikan dalam 2 di bawah. Peti hendakalah dicatkan warna putih dan perkataan ‘ PETI PERTOLONGAN CEMAS’ ditulis dengan cat merah dibahagian hadapannya. Jangan kuncikan peti ini pada bila-bila masa. Peti ini hendaklah di letakkan di bahagian hadapan bilik makmal dan di tempat yang sesuai di bilik makmal . Senaskah buku panduan pertolongan cemas hendaklah di masukkan dalam peti ini. Kandungan peti pertolongan cemas Tiap-tiap benda yang berada dalam peti pertolongan cemas hendaklah dilebel dengan terang dan kegunaanya hendaklah nayatakan dan pastikan bahawa benda-benda disimpan dalam keadaan yang bersih. Peti pertolongan cemas sekurang-kurangnya hendaklah mengandungi benda-benda seperti berikut: a) Antiseptic i) Acraflavine yang di gunakan untuk luka baru ii) Cetavlon (salvon) yang di gunakan sebagi pencuci luka ii) Eusol yang di gunakan untuk luka lama b) Cream i) Burnol ii) Paraffin Gauge Kedua-dua untuk rawatan terbakar atau melepuh c) Jenis balutan i) Pembalut kain kasa 1 inci, 2 inci dan 3 inci lebar masing-masing ii) Kain kasa iii) kapas iv) Andoh tiga segi d) Zinc Oxide Plaster e) Penyepit dan gunting Peti pertolongan cemas a) Amaran Jika sesorang yang ditimpa kemalangan itu disyaki patah tulang atau cedera dalam badan, panggil ambulan atau doktor dengan serta merta. JANGAN alihkan pesakit dari tempatnya.segala kemalangan yang berlaku dalam makmal yang disyaki serius hendaklah mendapat rawatan perubatan daripada doktor. b) Melepuh i) Melepuh terkena asid atau alkali Basuh secukupnya dengan air, misalnya dengan membasuh di bawah air paip yang terbuka selama 10 minit. Semasa merawat melepuh terkena asid atau alakali adalah penting menggunakan air yang banyak bagi menbasuhnya dan bahan penuetral tidak digunakan sehingga selepas bahagian terjejas dibasuh dengan air. Jika pengawasan ini diabaikan, haba dari larutan bahan penuetral mungkin akan merosakan lagi bahan yang terjejas. ii) Melepuh terkena bahan panas Jika tidak teruk letakkan bahgian anggota yang terjejas itu di bawah air yang mengalir selama beberapa minit, kemudian biarkan terdedah kepada udara. Jika teruk sebahagian besar anggota yang melepuh atau kulit melupas lekatkan selurat badan yang terjejes itu dengan pedap kain kasa yang kering dan bersih.Jangan sapu apa-apa minyak, ubat serbuk. Balut disekeliling pedap ini dengan kain pembalut dan tentukan bahawa pembalut tidak terlalu ketat. c) Kebakaran i) Kebakaran bahan uji Adalah mustahak untuk memadam api secepat yang mungkin demi mencegah berlakunya kecederaan yang lebih teruk. Tutup semua penunun gas, tutup litar elektik disekitardan pindah atau keluarkan apa-apa benda yang boleh terbakar.Kawalan api adalah bergantung kepada saiz dan jenis kebakaran. Kebakaran kecil (misalnya kebakaran alkohol dalam bikar) biasanya boleh dipadam dengan menutupnya dengan kain lembab yang bersih. Api akan padam apabila kekurangan udara. Api yang lebih besar biasanya boleh disimbah dengan pasir kering . Pasir yang telah disimbahi hendaklah dibuang kerana ia mungkin menggandungi bahan meruapyang mudah terbakar.Selaian daripada itu api boleh dipadam dengan menggunakan pemadam api karbon dioksida atau busa. Ii) Kebakaran pakaian Jangan biarkan sesorang yang pakaiannya terbakar berlari dengan mengibas-ngibaskan api. Suruh ia merebahkan badannya dan balut badannya sekejab-kejab dengan gebar kalis api hingga padam.Rawat mana bahagian kulit yang melepuh. Iii) Kelas api dan alat pemadam api yang sesuai digunakan adalah seperti di bawah: KELAS API DAN JENIS PEMADAM API . KELAS API CONTOH ALAT PEMADAM API YANG SESUAI A Api pepejal kayu, kertas, kain, getah dan lain-lain Air, Air karbon dioksida, serbuk kering (dry powder) B Api cecair - boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan: i. Bercampur dengan air ii. Tidak bercampur dengan air - netil alkohol, etil alkohol, aseton , oceton, octana, pentana - minyak, petrol Semburan air Busa (foam) Cecair bersejat seperti BCF Gas karbon dioksida Serbuk kering (dry powder) C Api Gas atau Gas Cecair - berupa pertumpah cecair, kebocoran gas atau cecair Contoh: methane, propane, butane dan lain-lain Busa (foam) Serbuk kering (dry powder) Air - berupa semburan untuk menyejukkan tangki. D Air Logam - Kalium, natrium, kalsium, megnesium, Aluminium, zink dan lain-lain Dry Powder, pasir kering, simen kering, powder graphite, powder talc, abu soda. D). KECEDERAAN MATA I) Benda pepejal dalam mata jika benda itu tajam atau merupakan kaca. JANGAN cuba mengeluarkannya. Minta pesakit supaya jangan mengosokkan mata. Tutup mata itu dengan pedap kain kasa yang tebal dan lembut. Bawa pesakit berjumpa doktor dengan serta-merta. Ii) Kekotoran melekat di mata Lentokkan kepala pesakit dan kemudian mengalirkan air ke dalam mata dari botol basuh. Juga boleh meminta pesakit buka dan tutup matanya berulangkali di dalam basin yang mengandungi air yang bersih. Jika ini berjaya untuk mengeluarkan kekotoran. Gunakan bucu saputangan yang dibasahkan. Jika perlu kelopak mata bawah boleh ditarik ke bawah dan kelopak mata atas diterbalikkan. Sekiranya masih gagal, ikuti cara (i) di atas. iii). Mata dimasuki asid atau alkali Dengan serta-merta, basuh mata dengan air mengalir secukupnya atau membuka dan menutup mata berulang-ulang dalam basin yang mengandungi air bersih. Tutup mata dengan pedap lembut dan bawa berjumpa doktor. E). Renjatan Elaktrik Matikan suis arus elektrik dengan serta-merta . jika ini tidak boleh berlaku, jangan sekali-kali menyentuh badan orang yang terenjat elektrik. Dengan berdiri di atas kayu kering, getah atau kertas tebal atau apa-apa bahan bukan pengalir, cuba pisahkannya daripada litar arus dengan menggunakan sebatang kayu yang kering. Jika pernafasannya terhenti, jalankan pernafasan luar biasa. Bawa pesakit berjumpa doktor dengan serta- merta. F. Tersedut Gas Beracun Sesiapa yang tersedut gas beracun hendaklah dibawa keluar dari makmal ke udara yang bersih. Jika tersedut gas bromin atau klorin, ubat penghidu ammonia boleh digunakan. Jika masih tidak pulih, hendaklah dibawa berjumpa doktor. |