Wednesday 23 January 2013

Eksperimen FIZIK 1 : gelombang



Tangki riak dan gelombang air 

1.
Tangki riak ialah suatu alat yang digunakan dalam kajian sifat-sifat gelombang. Tangki riak digunakan kerana ia dapat menghasilkan bentuk gelombang yang dapat dapat dilihat dengan jelas dan penghasilan gelombang yang mudah dikawal.
2.
Tangki riak dapat menghasilkan dua jenis gelombang iaitu:

(a)
Gelombang satah - dihasilkan apabila suatu bongkah kayu lurus digetarkan di permukaan air dengan bantuan sebiji motor elektrik.

(b)
Gelombang membulat - dihasilkan apabila suatu pencelup berbentuk sfera dicelup di permukaan air dan bergetar dengan bantuan sebiji motor elektrik.
3.
Rajah di bawah menunjukkan sebuah tangki riak.


4.
Gelombang air ialah gelombang melintang.
5.
Apabila gelombang air terhasil, ia menghasilkan satu bentuk alunan gelombang seperti rajah di bawah.


6.
Gelombang yang terhasil menyebabkan wujud kawasan-kawasan puncak yang bertindak sebagai kanta penumpu, manakala kawasan-kawasan lembangan bertindak sebagai kanta pencapah.
7.
Puncak gelombang air yang menumpukan cahaya menghasilkan jalur cerah pada kertas putih. Lembangan gelombang air pula mencapahkan cahaya dan menghasilkan satu jalur gelap pada kertas putih, seperti rajah di bawah.


8.
Bagi mengkaji gerakan gelombang air ini, iaitu menentukan panjang gelombang, frekuensi gelombang dan halaju, kita boleh menentukannya dengan menggunakan alat stroboskop tangan.
9.
Frekuensi gelombang air dapat ditentukan apabila gelombang air kelihatan pegun apabila suatu stroboskop tangan diputarkan, di mana:


¦ = n x Kadar putaran stroboskop

di mana           n   =   bilangan celah pada strobskop
10.
Panjang gelombang air l  ialah djarak di antara dua jalur cerah, oleh itu halaju gelombang air ialah

             =   l¦

Contoh:

Seorang pelajar menggunakan sebuah stroboskop tangan yang mempunyai 6 celah untuk melihat corak gelombang yang dihasilkan oleh sebuah tangki riak. Didapati terdapat jalur-jalur cerah dan hitam terhasil pada kertas putih pada bahagian bawah tapak tangki riak tersebut. Jalur cerah dan gelap didapati kelihatan terhenti apabila kadar putaran stroboskop pada 2 putaran per saat. Jarak di antara 5 jalur ialah 10.0 cm, Hitungkan:

(a)
Frekuensi gelombang air.

Frekuensi gelombang air,

¦ = n x Kadar putaran stroboskop

    = 6  x  2 s-1

    = 12 s-1

(b)
Panjang Gelombang.

Jarak di antara 5 jalur gelap = 4l

Maka    4l  = 10 cm

              l  =  2.5 cm

(c)
Halaju gelombang air.

Halaju gelombang

 =   

v  =   2.4 cm x 12 s-1

    =   2.88 cms-1