Sunday, 20 January 2013

LETUPAN DI MAKMAL DAN EKSPERIMEN MERBAHAYA


LETUPAN DI MAKMAL DAN EKSPERIMEN MERBAHAYA
1.4    LETUPAN 
            Letupan kadang kala berpunca daripada kebakaran. Bahaya letupan yang biasa didapati di makmal disebabkan oleh:    
            i)            Kebakaran gas           
            ii)           Cecair dan pepejal mudah terbakar 
            iii)          Tindak balas eksotermik 
            iv)          Pemanasan sebatian-sebatian peroksida  dan    perklorat 
            v)            Bahan-bahan yang biasanya tidak mudah terbakar tetapi jika dalam keadaan serbuk halus boleh meletup (natrium,zink, aluminium).  
1.5            EKSPERIMEN YANG BERBAHAYA  
            1.5.1            Penyalaan Hidrogen 
            Sentiasa uji gas yang mengalir keluar itu  sebelum menyalakannya. Ambil contohnya  ke dalam tabung uji dan  nyalakannya di tempat yang jauh daripada radas. Ujian ini mesti diulang hingga gas ini menyala dengan api biru. 
            1.5.2            Campuran Yang Mempunyai Klorat 
            Jangan panaskan klorat bersama-sama dengan  bahan yang mudah teroksida  seperti fosforus   atau sulfur. 
            1.5.3            Pemanasan Ammonium Nitrat 
               Sebahagian kecil darpadanya mungkin meletup  bila dipanaskan. Proses    Pemanasan hendaklah diberhentikan sebelum sebatiannya terurai. 
            1.5.4            Natrium dan kalium 
            Gunakan sedikit bahan sahaja. Kalium yang  tersimpan lama boleh meletup walaupun segaja langkah pengawasan baginya dijalankan.
            Kalium yang tersimpan lama akan bertukar   menjadi kuning hendaklah dimusnahkan dengan cermat dengan  menukarnya menjadi garam. 
            1.5.5            Asid 
            i)            Dilarang menuang air ke dalam asid pekat
    ii)                                  Bila hendak mencairkan asid pekat tuang asid           ke dalam air serta kacau larutan tersebut. 
            iii)           Jangan sesekali mencampurkan asid pekat dengan klorat. 
            1.5.6            Cecair Yang Mudah Terbakar 
            Jangan sesekali meletakkan cecair yang mudah  terbakar di tengah panas atau berhampiran sebarang sumber haba, kerana ia boleh menyebabkan berlakunya letupan.  
            1.5.7            Voltan tinggi 
            Pelajar-pelajar tidak digalak menjalankan  apa-apa amali yang melibatkan penggunaan alatan bervoltan tinggi. 
            1.5.8            Barang-Barang Kaca Bagi Kerja Tekanan Tinggi dan Rendah 
            Salur kaca, kelalang dan sebagainya hendaklah  mempunyai dinding yang tebal dan berada  dalam keadaan yang baik. 
            1.5.9.           Demonstrasi               
            Dalam demonstrasi yang melibatkan   penggunaan radas bervoltan tinggi,tekanan tinggi, bahan radioaktif, tindak  balas cergas dan sebagainya,pastikan pelajar berada di jarak yang selamat. Jika keadaan memerlukan supaya mereka berada dekat, pengadang yang  sesuai hendaklah digunakan.  Pelajar-pelajar hendaklah  diberitahu tentang bahayanya.