Peraturan dan Keselamatan


PERATURAN AM DALAM MAKMAL DAN BILIK PERSEDIAAN 
A.        Guru mestilah memberitahu secara bertulis (dalam buku atau borang pesanan untuk kerja amali)  kepada kakitangan makmal keperluan peralatan sains. Bahan kimia atau bahan biologi sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peralatan atau bahan ini diperlukan. 
B.         Tidak sesiapa pun boleh makan, minum atau merokok dalam makmal atau bilik persediaan. 
C.        Tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam makmal atau bilik persediaan tanpa urusan rasmi. 
D.        Semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan. 
E.         Kelas amali yang masih berjalan di makmal tidak boleh ditinggalkan sedemikian tanpa sebarang pengawasan. 
F)          Makanan dan minuman adalah dilarang simpan dalam peti sejuk di bilik persediaan untuk kegunaan persendirian. 
G)            Kakitangan makmal haruslah berpakaian sesuai dan kemas semasa dalam makmal dan bilik persediaan.
H.            Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang berada di dalam makmal dan bilik persediaan tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran. 
I)       Langkah-langkah keselamatan makmal mesti dipatuhi semasa berada dalam makmal atau bilik persediaan. 
J.          Jangan menjadikan bilik persediaan sebagai tempat rekreasi.


PERATURAN MAKMAL BAGI PELAJAR 
A)         Makmal dan bilik persediaan ialah kawasan larangan.  Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.
B.          Peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi  dalam makmal tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
C.          Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru. 
D.        Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.
E.         Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
F.          Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.
G.        Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal.
H.         Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam makmal.
I.          Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru.
J.          Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.
K.        Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.
L.         Kayu mancis dan benda-benda lain yang masih berbara mesti  dipadamkan sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
M.        Kayu mancis, kertas turas ataupun sebarang sampah dalam bentuk pepejal tidak boleh dibuang ke dalam ataupun ke bawah sink, tetapi mesti dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
N.         Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
O.        Beg pelajar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.
P.         Air pili di dalam makmal tidak boleh diminum.
Q.        Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.
R.         Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

A.        Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk  mempastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul.
B.        Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian  kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas.  Jangan membazirkan bahan kimia.
C.         Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan.
D.        Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya.
E.         Bahan kimia biasanya adalah beracun dan mengkakis.  Jangan cuba merasa sebarang bahan kimia sungguhpun ia dalam larutan cair.


KESELAMATAN MAKMAL BIOLOGI
1.2  BAHAN BIOLOGI 
1.2.1 Keselamatan dalam pengendalian mikroorganisma: 
            a)  Semua perkerjaan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati, mengikut cara kerja yang disediakan. Bakteria, Fungi, Virus dan bahan pencemar yang tidak diketahui bahayanya hendaklah dianggap sebagai patogen. 
            b) Sebelum memulakan kerja, pastikan terdapat bekalan bahan penyahjankit yang mencukupi dan sesuai dengan untuk organisma yang dikaji. 
            c) Semua permukaan, Kerusi dan tempat berkerja hendaklah dibersihkan dengan pencuci sebelum meninggalkan makmal. 
            d) Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan kecuali setelah ditutup atau dilebelkan dengan jelas. 
            e) Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan kultur mestilah dibersihkan dan dinyahjankitkan selalu. Sewaktu melakukan pembersihan alat-alat perlindung diri patut digunakan.Peti sejuk tidak dibenarkan menyimpan makanan. 
            f) Untuk mengurang belakunya pencemaran yang tidak disegajakan melalui tumpahan, semua bekas yang mengandungi bahan jankitan hendaklah diletakkan didalam dulang yang besar atau permukaan tempat kerja hendaklah ditutup dengan bahan penyerap boleh dibuang. 
            g) Tangan hendaklah dicuci bersih sebelum meneinggalkan makmal.  
            h) Semua tumpahan dan kemalangan hendaklah direkodkan



AMARAN 
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.