CARTA ORGANISASI MAKMAL SAINS 2013
PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS
Semua
anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains
di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah
bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum
sains di sekolah dari segi
perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin
kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek
profesional dan pengurusan
Penolong
Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan
Petang dan Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab
membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik
sains berkaitan pengendalian program
kurikulum dan .kokurikulum sains di sekolah dari segi
perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai
komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar.
4.1
Ketua Bidang Sains dan Matematik
Bidang Sains dianggotai
oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang diketuai oleh Ketua
Bidang Sains dan
Matematik.
4.1.1 Syarat Kelayakan
Perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik
a. Dilantik dalam kalangan
guru sains / matematik yang berpengalaman.
b. Mempunyai pengkhususan dalam bidang sains /
matematik.
c. Gred jawatan DG 44.
4.1.2 Latihan yang diperlukan
a. Pengurusan stok.
b. Pengendalian peralatan
sains.
c. Prosedur pelupusan bahan kimia dan peralatan
sains.
d. Pengendalian peralatan ICT.
e. Pengurusan dan keselamatan makmal sains.
4.1.4 Tugas dan
Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik
Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab kepada Pengetua
dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum semua mata pelajaran sains
dan matematik di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan,
penilaian dan pemantauan. Ketua Bidang Sains dan Matematik juga
bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional kepada guru-guru sains dan
kakitangan makmal sains. Bimbingan ini adalah untuk memastikan peningkatan
kemahiran mereka, khususnya dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan makmal melalui program perkembangan staf.
Tugas dan tanggungjawab
Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam pengurusan makmal sains adalah seperti :
a. Menyelia dan memastikan
segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalan elektrik, gas, air,
kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan.
b. Memastikan segala
kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan.
c. Merancang dan
menyediakan :
i. Pelan tindakan
keselamatan semasa kecemasan
ii. Peraturan keselamatan
iii. Latihan kecemasan dan
kebakaran
iv. Kelengkapan pencegahan
kebakaran dan jadual penyelenggaraan
v. Kit pertolongan cemas
yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannya
d. Menyelia dan memastikan
guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.
e. Merancang serta
menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta
memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi.
f. Mengurus dan memastikan
penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
g. Memastikan kerja hapus
kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan
yang ditetapkan.
h. Merancang dan
menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran
sains serta keperluan makmal sains.
i. Mengenal pasti dan
menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan
dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa.
j. Menguruskan dan
memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru diterima
mengikut bilangan dan spesifikasinya.
k. Mengurus dan mengelola
persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains).
l. Merancang jadual waktu
penggunaan makmal sains.
m. Merancang, mengenal
pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan
guru sains dan kakitangan makmal.
n. Memastikan tugas
penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan mengikut jadual yang
ditetapkan.
o. Menyelia dan
menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri
keselamatan.
p. Menjalankan tugas lain
yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.
4.2 Ketua Panitia Sains
Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru
Besar serta Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan,perlaksanaan,
penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan makmal dan bilik sains sekolah. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua
Panitia Sains terdiri daripada guru-guru yang bertanggungjawab mengajar mata
pelajaran sains seperti Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang
dilantik oleh Pengetua dan Guru Besar secara rasmi untuk memimpin
guru-guru mata pelajaran sains di bawah tanggungjawabnya. Ketua
Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah. Bagi memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh
panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia
dilaksanakan dengan berkesan.
4.2.1 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia
Sains
Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah
seperti berikut :
a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan
peralatan dan bahan sains.
b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains
dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang
untuk tujuan hapus kira dan pelupusan.
d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan
manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.
e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan
bilik sains seperti berikut :
i. Pesanan peralatan dan bahan sains
ii. Stok makmal sains
iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains
iv. Kerosakan dan kehilangan
v. Penyelenggaraan dan pemeriksaan
vi. Kemalangan
vii. Rekod penggunaan makmal sains
f. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan
sempurna.
g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan
elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri
keselamatan.
h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains
dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik
sains.
i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal
dan bilik sains.
j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria
dan selamat.
k. Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam
panitianya dan kakitangan makmal dan bilik sains.
l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi
panitianya.
m. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan
bilik sains.
n. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.
o. Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta
peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya.
p. Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
q. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf
untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan :
i. Pengurusan makmal dan bilik sains
ii. Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan
iii. Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan
bahan berbahaya yang lain
r. Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan
yang berkaitan dengan makmal dan bilik sains.
s. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok
tahunan.
t. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.
u. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan
Guru Besar dari masa ke semasa.
4.3
Guru Sains
Guru
sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam
pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :
a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.
b. Melaksanakan PEKA Sains.
c. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan
keselamatan makmal dan bilik sains.
d. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria
dan selamat.
e. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang
akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk
tindakan kakitangan makmal dan bilik sains.
f. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya
digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
g. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua
Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok.
h. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan
sains.
i. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua
dan Guru Besar dari masa ke semasa.
4.4
Pembantu Makmal
4.4.1 Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu
Makmal
a. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
b. Lulus dalam mata pelajaran matematik atau salah satu
daripada mata pelajaran sains.
c. Lulus Bahasa Melayu.
4.4.2
Keperluan Latihan Pembantu Makmal
a. Kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan larutan
(kemolaran).
b. Kemahiran menyediakan larutan piawai.
c. Kemahiran mengendalikan bahan kimia terutamanya bahan
toksik.
d. Kemahiran mengendalikan eksperimen yang berkaitan dengan
mikroorganisma.
e. Kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat, berkarat
dan mudah teroksida.
f. Kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan, seperti
tumpahan bahan organik, bahan mengkakis, rejatan elektrik dan seumpamanya.
g. Kemahiran mengendalikan stok dan penyimpanan alat atau
bahan sains yang sistematik.
h. Kemahiran mengendalikan komputer.
i. Kemahiran membaiki kerosakan kecil sistem pendawaian dan
sistem paip air.
j. Kemahiran menguruskan stok.
k. Kemahiran mengendalikan peralatan sains terutama yang
memerlukan kejituan seperti dalam pengukuran dan timbangan.
l. Kemahiran menyelenggarakan peralatan sains mengikut
prosedur.
m. Kemahiran melupuskan bahan-bahan kimia dan peralatan
sains.
4.4.3
Tugas-tugas Pembantu Makmal
4.4.3.1 Tugas Harian
a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan
makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal
apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar
sentiasa dalam keadaan bersih.
c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang
dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau borang pesanan.
e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi
sebelum kerja amali dijalankan.
f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang
diperlukan untuk kerja amali.
g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam
mengendalikan peralatan dan bahan sains.
h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang
kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.
i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke
tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.
j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air,
kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.
k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains
termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid
mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.
m. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali
yang terakhir pada setiap hari :
i. Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan
ii. Menutup bekalan gas, air dan elektrik
iii. Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan
pintu makmal sains
iv. Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan
pengetua
n. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera
sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia,
Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.
o. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains
seperti mengemaskini stok dan sebagainya.
p. Mencuci peralatan sains yang kotor.
q. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima
bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.
r. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua
dari masa ke semasa.
4.4.3.2
Tugas Semasa Cuti sekolah
a. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains
mengemas kini rekod stok.
b. Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya
seperti yang diperlukan untuk kerja amali.
c. Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan
kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika perlu.
d. Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai
supaya boleh digunakan di makmal sains.
e. Menghasilkan air suling.
f. Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains.
g. Mengecas dan discas akumulator.
h. Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta,
model, alat timbang dan sebagainya.
i. Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan
bersistem.
j. Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya
disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
k. Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat
mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput tarikh.
l. Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains
jika perlu.
m. Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah
luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.
n. Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan
rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru
diterima.
o. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja
hapus kira dan pelupusan.
p. Menyelia dan membantu kerja membaik pulih
perabot makmal sains.
q. Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan
bahan biologi disusun dengan teratur.
r. Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk
perabot, bekalan elektrik, air dan gas. Jika berlaku sebarang kerosakan atau
kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah.
s. Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta
berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
t. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat
anggaran belanjawan.
4.4.3.3
Tugas-tugas Lain
a. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru
sains dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal
tahun (sebelum penggal persekolahan).
b. Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua
pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua / Ketua Bidang Sains dan Matematik /
Ketua Panitia.
c. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua
berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik sahaja diterima
daripada pembekal.
d. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
e. Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan
alat bantu mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran sains.
f. Membantu mengurus buku stok / inventori.
g. Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru
dibeli serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok utama dan kad
stok.
h. Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam
borang pesanan.
i.Memasang klip buaya pada dawai.
j. Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains,
kem sains dan sebagainya.
k. Menajamkan alat-alat pemotong.
l. Merekod radas rosak atau pecah semasa amali.
m. Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat
pemeliharaan binatang jika ada
n. Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali.
o. Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan
baru.
p. Membuat catatan dalam buku kerosakan atau pecah,
kemalangan, pinjaman dan lain-lain yang berkaitan.
q. Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya
dapat dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan.
Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C17)
- 1. Merancang dan mengawal operasi makmal.
- 2. Menyediakan dan mengendalikan bahan.
- 3. Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.
- 4. Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.
- 5. Menguruskan pentadbiran makmal.
Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C17)
1. Merancang dan Mengawal Operasi Makmal
(a) Menyediakan jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan
dilaksanakan.
(b) Menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal/amali di
makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang
mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d) Menjalankan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang
digunakan.
(e) Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan
tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.
(f) Mengawasi penggunaan makmal oleh pelajar agar
mematuhi peraturan-peraturan ketika berada di makmal.
(g) Memastikan kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran
makmal (dalam dan luar) serta kesesuaian susun atur perabot di makmal.
2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan
(a) Menklasifikasikan bahan-bahan di makmal.
(b) Menerima dan menyimpan bahan / spesimen / sampel mengikut
kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat
bersuhu rendah)
(c) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan
diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
3. Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan
(a) Mengklasifikasikan peralatan makmal.
(b) Menerima dan menyimpan peralatan mengikut kesesuaian. (Contohnya
di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
(c) Menguji dan mengesahkan peralatan berfungsi dengan sempurna.
(d) Menyediakan peralatan untuk kegunaan P&P (amali).
(e) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan
diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f) Membersih dan menyenggara peralatan sains.
(Contohnya kanta pembesar, mikroskop)
(g) Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.
4. Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen
(a) Berada di makmal sains / bilik persediaan sains semasa amali
berlangsung supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
(b) Mengawasi pelajar ketika menjalankan ekperimen agar prosedur
keselamatan dan kebersihan dipatuhi.
(c) Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik
sebelum dan selepas digunakan.
(d) Memastikan radas yang telah selesai digunakan dibersihkan dengan
sempurna mengikut prosedur tertentu. (Contohnya membersihkan radas menggunakan
air suling)
(e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan
kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.
(f) Memastikan sisa bahan eksperimen dan lebihan
bahan disimpan / dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.
5. Menguruskan Pentadbiran Makmal
(a) Membantu pihak pentadbir menguruskan perolehan bahan / peralatan
untuk kegunaan makmal.
(b) Menguruskan inventori bahan / peralatan serta pengendalian stor
mengikut prosedur.
(c) Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(d) Membantu pihak pentadbir menguruskan pelupusan peeralatan yang
rosak dan tidak dapat dibaiki.
(e) Menerima dan mengumpul aduan kerosakan bahan / peralatan untuk
dilaporkan kepada pihak pentadbir agar diambil tindakan.
Lampiran 4.2
Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)
1. Menyelaras dan menyelia operasi makmal.
2. Menyediakan dan mengendalikan bahan.
3. Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan
peralatan.
4. Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.
5. Menguruskan pentadbiran makmal.
6. Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan
berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains.
Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)
1. Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal
(a) Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan
dilaksanakan.
(b) Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan
makmal / amali di makmal.
(c)Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang
mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d) Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian
makmal yang digunakan.
(e)Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal
serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan
makmal.
(f) Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan
persekitaran (dalam dan luar makmal).
2. Menyediakan dan Mengendalikan Bahan
(a)Memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan
tersusun dan betul.
(b) Memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel
mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan di tempat
bersuhu rendah)
(c) Memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks
dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis)
sebelum digunakan untuk P&P (amali).
(d) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan
diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
3. Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan
(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan
dengan tersusun dan betul.
(b) Memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian.
(Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)
(c) Memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat
berfungsi dengan sempurna.
(d) Menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan
ketelitian untuk kegunaan P&P (amali).
(e) Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan
diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f) Memastikan peralatan sains (contohnya kanta
pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan
berhati-hati.
(g) Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.
4. Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen
(a) Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan
urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
(b) Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung
supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
(c) Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa
mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
(d) Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang
digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan.
(e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan
kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.
5. Menguruskan Pentadbiran Makmal
(a) Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b) Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.
(c) Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.
(d) Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(e) Menguruskan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat
dibaiki.
(f) Mengambil tindakan susulan ke atas aduan
kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.
6. Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan
Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains
(a) Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi
makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya.
(b) Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai
bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.
(c) Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan
mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar dilaksanakan
dengan baik dan mengikut prosedur.
(d) Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja
pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.
(e) Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan
makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir.
(f) Memastikan semua amalan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan dipatuhi.
(g) Mengganti / menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti
atas kelulusan rasmi.
Lampiran 4.3
Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C26)
- 1. Menyelaras dan menyelia operasi makmal.
- 2. Menyelia dalam urusan menyediakan dan mengendalikan bahan.
- 3. Menyelia dalam urusan menyedia, menyenggara dan mengendalikan peralatan.
- 4. Menyelia dan membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.
- 5. Menguruskan pentadbiran makmal.
- 6. Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir makmal sains.
Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C26)
1. Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal
(a) Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan
dilaksanakan.
(b) Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan
makmal / amali di makmal.
(c) Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang
mengutamakan keselamatan dan kebersihan.
(d) Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian
makmal yang digunakan.
(e) Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal
serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan
makmal.
(f) Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan
persekitaran (dalam dan luar makmal).
2. Menyelia dalam Urusan Menyediakan dan
Mengendalikan Bahan
(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal
dilakukan dengan tersusun dan betul.
(b) Memantau dan memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan /
spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering,
menyimpan di tempat bersuhu rendah)
(c) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung dengan
urusan memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks dan
memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis) sebelum
digunakan untuk P&P (amali).
(d) Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun
atur bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
3. Menyelia dalam Urusan Menyedia, Menyenggara dan
Mengendalikan Peralatan
(a) Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan
dengan tersusun dan betul.
(b) Memantau dan memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut
kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber
haba)
(c) Memantau dan memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa
ia dapat berfungsi dengan sempurna.
(d) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan
menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian untuk
kegunaan P&P (amali).
(e) Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun
atur peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
(f) Memantau dan memastikan peralatan sains
(contohnya kanta pembesar, mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara
dengan baik dan berhati-hati.
(g) Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan
membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.
4. Menyelia dan Memantau dalam Urusan Praktikal /
Eksperimen
(a) Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan
urusan praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.
(b) Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung
supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.
(c) Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa
mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.
(d) Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang
digunakan diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan.
(e) Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan
kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.
5. Menguruskan Pentadbiran Makmal
(a) Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.
(b) Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.
(c) Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.
(d) Menyelia urusan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.
(e) Menyelia urusan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat
dibaiki.
(f) Mengambil tindakan susulan ke atas aduan
kerosakan bahan / peralatan yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.
6. Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan
Berhubung Hal Ehwal Urus Tadbir Makmal Sains
(a) Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi
makmal yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya.
(b) Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai
bidang tugas berkaitan Pembantu Makmal.
(c) Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan
mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar dilaksanakan
dengan baik dan mengikut prosedur.
(d) Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja
pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.
(e) Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan
makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir.
(f) Memantau dan memastikan semua amalan keselamatan
dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.
(g) Menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas
kelulusan rasmi.
Bibliografi
1.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan Keselamatan
Makmal
Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala
Lumpur
2.
Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2
bertarikh
14 Mei 2009
3.
Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)(BPO)253/2/11-6
Klt.27(36)
bertarikh 30 Disember 200