Pengenalan



Sains dan teknologi adalah merupakan satu elemen penting sebagai asas pembangunan dalam sesebuah negara didunia. Tanpa asas ini, sesebuah negara itu tidak dapat mencapai banyak kemajuan. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D ) sesuatu produk itu bermula dari sebuah makmal sains. Tidak terkecuali di Malaysia.

Di Malaysia, kewujudan makmal-makmal sains bukan saja terfokus kepada institusi pendidikan milik kerajaan semata-mata bahkan dimajoriti institusi pendidikan swasta juga ada disediakan kemudahan ini. Semua kemudahan ini disediakan adalah khusus bagi membolehkan pelajar-pelajar menjalankan pelbagai kaji selidik dalam pelbagai bidang akademik.
Dengan segala kemudahan dan kelengkapan makmal yang tersedia, proses pengajaran dan pembelajaran sains amat mudah difahami dan memberikan lebih impak langsung kepada pelajar dan kemahiran saintifik yang lebih optimum diperolehi. Aktiviti amali dalam proses P & P merupakan wadah utama bagi membolehkan pelajar menguasai kemahiran.
Bagi memastikan penggunaan makmal sains yang berkesan, sistem pengurusan dan pentadbiran makmal sains yang lebih cekap diwujudkan. Jawatan-jawatan pentadbiran dan pengurusan seperti Ketua Bidang Sains, Ketua Panitia Mata Pelajaran serta kakitangan sokongan seperti Pembantu Makmal dan Pembantu Am Pejabat telah diwujudkan. Dengan adanya organisasi ini, sistem pengurusan makmal akan lebih cekap dan penggunaan yang optimum serta berkesan dapat direalisasikan.



          Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains biasanya merujuk kepadabilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains pada peringkat sekolah menengah, maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru) dan universiti.Makmal sains biasanya mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau segiempat tepat yang disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini dipasang dengan punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan dengan bilik stor atau persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat dan bahan sains.
Walaubagaimanapun, bukan semua sekolah terutamanya sekolah rendah mempunyai makmal sains. Jika tidak ada makmal sains, dimanakah aktiviti P&P dijalankan di sekolah tersebut? Di sekolah rendah, terdapat bilik khas untuk P&P sains yang dipanggil bilik sains untuk menggantikan makmal sains.
Bilik sains ini mempunyai :
Ø  Meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi manakala meja murid pula sesuai untuk melakukan eksperimen.
Ø  Meja dan kerusi mudah alih agar ruang bilik sains dapat disesuaikan untuk P&P sains.
Ø  Bahagian belakang bilik sains – almari untuk simpan alat dan bahan sains yang tidak berisiko tinggi (cth: bikar plastik)
Ø  Sekitar bilik sains – poster, carta, model dan hasil kerja murid dipamerkan.
Ø  Terdapat sudut sains, sudut pameran, sudut bacaan.

Biasanya, terdapat hanya satu sahaja bilik sains yang disediakan di sekolah rendah. Jika bilik sains ini digunakan, dimanakah kelas lain menjalankan sesi P&P sains? Masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan ‘bilik sains bergerak’, iaitu guru menggunakan troli, dulang atau kotak yang bersesuaian untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari bilik sains ke bilik darjah yang lain supaya sesi P&P masih dapat dijalankan.